Pemulaan Kerjaya Marcia_Cross

Sebelum terlibat dengan produksi Desperate Housewives, Cross pernah memainkan peranan sebagai Dr. Linda Abbott menerusi siriEverwood. Dia juga pernah muncul sebagai Dr. Kimberly Shaw dalam Melrose Place, bermula 1992 sehingga 1997.

Cross juga pernah muncul di pementasan La Ronde di Festival Teater Williamstown, Twelfth Night, or What You Will di Hartford Stage Company, dan The Two Gentlemen of Verona di Teater Old Globe, San Diego.

Drama pertamanya adalah The Edge of Night. Meninggalkan kota New York untuk mencuba nasib di Los Angeles, Cross kemudiannya muncul di dalam beberapa telefilem seperti The Last Days of Frank and Jessie James, disamping Johnny Cash dan Kris Kristofferson. Pada 1986, beliau muncul dalam, One Life to Live. Beliau muncul sehingga tahun 1987.

Pada 1991, muncul dalam episod ke-13 Knots Landing sebagai isteri Pierce Lawton (Bruce Greenwood) yang misteri. Peranannya dalam Melrose Place bermula apabila produser tertarik dengan lakonannya dan meminta beliau kembali dalam drama lipur lara itu. Cross juga pernah menjadi jemputan dalam siri seperti “Seinfield” dan Cheers. Beliau juga pernah muncul dalam siri komedi seperti Boy Meets World, Ally McBeal, Spin City, It's Garry Shandling's Show dan King of Queens. Beliau pernah memegang peranan dramatik dalam CSI, Profiler, Everwood dan Touched by an Angel, termasuklah filem Living in Fear, Always Say Good-bye, Dancing in September dan Bad Influence.

Pada November 2005, Cross muncul sebagai muka hadapan majalah Psychologies di United Kingdom. Dalam temuramah itu, beliau membincangkan perihal psikologi dan terapi.